Projek CTU 551
Semester September – Disember 2014
Kumpulan Ustazah Mahfuzah Mohammed Zabidi


TEMA : INSAN DAN TAMADUN
1.        Anda akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Kumpulan  1 - 2: Fokus kepada Melayu
1.        Politik dan Pentadbiran
2.       Ekonomi dan Pembangunan
3.       Ilmu dan Pendidikan
4.       Wanita dan Keluarga
Kumpulan 3 – 4 : Fokus kepada Cina
5.        Politik dan Pentadbiran
6.       Ekonomi dan Pembangunan
7.       Ilmu dan Pendidikan
8.       Wanita dan Keluarga
Kumpulan 5 -6  : Fokus kepada India
9.       Politik dan Pentadbiran
10.   Ekonomi dan Pembangunan
11.   Ilmu dan Pendidikan
12.   Wanita dan Keluarga

2.       TAHAP 1
Anda dikehendaki melakukan kajian mengenai  latar belakang sejarah, kepercayaaan, pencapaian dan nilai murni mengenai kelompok masyarakat  yang anda ditugaskan.
Anda harus membuat perbandingan mengenai perkara-perkara tersebut antara masyarakat tradisional dan masyarakat moden.
Nyatakan apakah perbezaan yang wujud?
Mengapakah berlaku perubahan?
Apakah cabaran semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?
Adakah berlaku jurang nilai antara golongan tua dan muda?  Mengapa?
Nilaikan adakah perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?
Nilaikan, bagaimana Islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan dan perbezaannya?
TEMA UTAMA: ISLAM, CABARAN BARAT
3.       Untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki anda boleh:
a.        Menemuramah orang sumber yang tepat
b.      Melawat Muzium Negara / Muzium Kesenian / Istana Budaya / Perpustakaan Negara
c.       Melakukan pembacaan ensiklopedia budaya  
d.      Melakukan pemerhatian terdapat kelompok masyarakat tersebut
e.      Dan sebagainya

TAHAP 2

4.       Setelah semua maklumat diperolehi, anda pasti berolehi pengetahuan dan kesedaran baru.  Anda perlu memikirkan bagaimanakah dengan pengetahuan dan kesedaran tersebut, anda dapat menyumbang kepada ketamadunan masyarakat di sekeliling anda (sekurang-kurangnya 10 orang).   Kerja lapangan anda dikira tamat apabila 10 orang (sekurang-kurangnya) mendapat manfaat daripada anda. J

5.       Segala kerja yang terlibat untuk menjayakan projek ini, harus direkodkan dalam blog kumpulan anda.  Dari masa ke masa, pensyarah anda akan memantau blog tersebut.  Wujudkan juga ruang interaktif dengan pembaca agar anda mendapat maklum balas dari pembaca.  Blog anda perlulah menarik, interaktif dan informatif. Masukkan segala bahan dapatan mengenai projek dalam blog tersebut seperti video, gambar dan sebagainya.

6.       Penilaian akhir blog akan dilakukan pada minggu ke-13.  Bahasa yang digunakan dalam blog adalah formal. 

7.       Bermula minggu ke-10*, pembentangan projek anda akan dilakukan di kelas.  Anda perlu membentangkan hasilan kerja anda menggunakan padlet.  Masa pembentangan adalah 10 – 12 minit.

8.       Semasa pembentangan di kelas, anda harus menjawab soalan berikut:

a.        Apakah perkara baru yang saya pelajari melalui projek ini?
b.      Bagaimanakah projek ini dapat menyumbang kepada pembangunan diri saya?
c.       Apakah nilai utama yang saya sangat terkesan daripada projek ini?
SEMOGA SAMA SAMA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROJEK INI – AL-FATIHAH


Assalamualaikum,,

Kami telah diamanahkan untuk melengkapkan kerja kursus mengenai masyarakat cina dalam politik dan pentadbiran. Saya bersama 3 rakan saya yang lain bekerjasama memikirkan idea bagi menghasilkan sebuah projek yang menarik. Projek ini agak sukar pada permulaannya kerana kami masih kabur dalam objektif sebenar, dan kadang-kadang kami terpaksa tidur lewat awal pagi agar projek ini berjalan dengan lancar. Tetapi pengalaman ini merupakan pengalaman hebat yang sukar kami peroleh dalam kerja kursus yang lain. Semakin lama menjalankan projek ini, kami semakin bijak dalam membahagikan masa kami dengan lebih sistematik. harap kami dapat menyiapkan projek ini kelak..


InsyaAllah ini dulu 'entry' blog kami.. ;) nanti kami 'update' hasil kami yang seterusnnya. ^^)
-JAGA HATI, JAGA IMAN-