Khidmat masyarakat pertama yang kami jalankan adalah dengan mengedarkan brochure mengenai kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut. 
  
Kami memulakan pengedaran brochure ini di waktu malam kepada rakan serumah, jiran dan rakan sebilik kami. Mereka yang selama ini tertanya-tanya tentang projek yang kami bertungkus-lumus laksanakan akhirnye turut mendapat manfaat. 

Ketika kami sedang berusaha mengumpulkan maklumat.



 Ketika kami menerangkan isi yang terdapat pada brochure kami









Semoga penerangan kami ini dapat menyumbang kepada pembangunan diri setiap individu. Amin.
Assalamualaikum, pada hari yang sama iaitu pada waktu petang, kami telah berjaya menyambung aktiviti khidmat masyarakat ke-2 yang bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling mengenai dapatan projek lapangan ini.


Perbincangan kami sebelum memulakan khidmat masyarakat 

'selfie' wajah gembira kami sekumpulan sebelum mengedarkan brochure 

Pada kali ini kami berkeputusan untuk melakukan khidmat ini di kawasan yang dipenuhi masyarakat yang ramai iaitu di Cafe Rafflesia. Antara kumpulan yang sempat kami hampiri pada masa itu adalah kumpulan pelajar asasi yang sedang melakukan diskusi.





Brochure yang kami edarkan menerangkan tentang kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut. 




Alhamdulillah, maka selesailah khidmat masyarakat kami pada hari itu.
Semoga penerangan kami dapat memberi manfaat kepada masyarakat  demi memajukan bangsa, agama dan negara. InsyaAllah.