Pokok buluh membiak sebagai keluarga yang besar yang sering membiak dalam suatu kawasan. Perkara ini menunjukkan perniagaan akan menjadi besar dengan wujudnya perniaga kecik-kecilan atau rakan perniagaan di sekeliling. Buluh merupakan suatu tumbuhan yang berongga yang mempunyai ketahanan fizikal yang amat kuat berbanding tumbuhan berongga yang lain. Ketahanan fizikal buluh ini melambangkan kekuatan individu atau kelompok dalam perniagaan malah sangat fleksibel melambangkan sifat tolak ansur yang sedia membentuk kerjasama. Perkara ini dapat menjelaskan maksud 'Jaringan Buluh' yang menerangkan perniagaan orang cina di seluruh negara.
Selepas Perang Dingin, perkembangan ekonomi terutamanya di benua Asia, dikenali sebagai Jaringan Bamboo yang terdiri daripada keluarga perniagaan orang Cina di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Zon Pantai China memonopoli perkembangan pesat di Asia Tenggara. Persoalannya, bagaimana mereka mampu menguasai ekonomi di kawasan Asia Tenggara?
Masyarakat cina mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Mereka bermula dari modal yang sedikit kemudian dikumpul sehingga cukup untuk dilaburkan. Pelaburan mampu membawa keuntungan yang banyak dan seterusnya perniagaan mampu dikembangkan dengan pesat.
Dalam sistem jaringan buluh, satu generasi kepimpinan di wariskan kepada generasi seterusnya. Sebagai contoh pada tahun 1993, Robert Kuok secara rasminya bersara daripada Kumpulan Kuok, yang merupakan seuah perusahaan keluarga. Dengan cara tradisional Cina, beliau membahagikan Hong Kong dan Singapura serta operasi di Malaysia kepada dua orang anak lelaki, dengan anak yang lebih tua mengambil alih lokasi Hong Kong. Mengikut tradisi perniagaan Cina, walaupun telah bersara, Encik Kuok masih bertanggungjawab terhadap keputusan penting Kumpulan Kuok. Perkara ini bagi mengekalkan tradisi keluarga dengan mernaruh kepercayaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat dalam menjaga harta dan warisan.
Robert kuok, pengasas kumpulan Kuok.
Seterusnya orang cina mempunyai struktur perniagaan yang tidak formal malah bersifat fleksibel. Ia lebih kepada perbualan di kalangan rakan-rakan dan saudara mara yang dipercayai. Persaudaraan, sama ada di dalam puak atau kampung menyediakan asas bagi amanah bersama untuk perniagaan dalam rangkaian, walaupun dijalankan pada jarak jauh. Kebanyakkan perniagaan yang dialirkan diuruskan oleh kaum kerabat atau keturunan mereka. Strategi masyarakat cina ini berjaya dengan tingginya kerana mereka berprofil rendah. Oleh itu mereka jarang menjadi sasaran masyarakat atau tindakan kerajaan.
Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil melalui sistem perniagaan Jaringan buluh masyarakat cina ini antaranya adalah
- Perniagaan keluarga memberi banyak manfaat. Seringkala kejatuhan syarikat sering dikaitkan dengan sabotaj dari orang dalam. Dengan tali persaudaraan yang kuat dalam syarikat, perkara ini dapat dielakkan iaitu dengan meletakkan keluarga dalam pengurusan syarikat tidak kira kecil mahupun besar
- Modal perniagaan tidak terlalu tinggi dan pekerjaan dilakukan bersungguh-sungguh. Selalunya masyarakat cina tidak mempunyai pekerja yang ramai, kuantiti tidak penting bagi mereka malah kualiti yang sering diketengahkan. Kualiti yang ada pada sedikit pekerja yang ada sudah cukup bagi mengerakkan organisasi.
- Kepercayaan semasa bekerja. Oleh kerana mereka menjalinkan urusan perniagaan melalui jaringan buluh, mereka sangat mempercayai antara satu sama lain, Kepercayaan sangat penting dalam membentuk kekuatan dalam organisasi malah dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam pentadbiran.
Kesimpulannya, masyarakat cina mampu menguasai ekonomi dunia dengan mempunyai sistem perniagaan yang kukuh dengan meletakkan jaringan buluh iaitu sistem pentadbiran kekeluargaan untuk mengembangkan perniagaan kerana mempunyai persaudaraan dalam organisasi yang kuat. Walaupun mereka pada mulanya hanya membuka perniagaan kecil-kecilan, mereka mampu melebarkan sayap hingga ke seluruh pelusuk dunia. Justeru untuk melaksanakan pentadbiran yang cemerlang, sifat-sifat kepimpinan dan kekuatan yang diamalkan orang cina dalam perniagaan haruslah diambil iktibar. Namun janganlah kita alpa mengenai penerapan sifat-sifat islam dalam perniagaan kerana sesungguhnya keberkatan dalam sesuatu pekerjaan adalah lebih penting.
Semoga kita semua dapat manfaat dari penulisan ini.
1) http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/bamboo-network-bagaimana-orang-cina-menguasai-ekonomi-dunia.html
2)Google image