happy to be here again ^^)
Hari ni kami mendapat satu lagi info baru mengenai kaum cina..wahh, tak sia-sia kami (spend) seharian untuk lengkapkan lagi projek kami ini. Mengikut kajian kami pelbagai kepercayaan dan pegangan yang diguna pakai oleh kaum cina dalam bidang politik dan ekonomi :
1) pengamalan konsep Zhung/ The GoldenMean.
-konsep ini merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta
-tidak mennyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian
-kosep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.
2) Konsep Li (Tatasusila)
- Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
- Merujuk kepada adat istiadat
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
Fahaman Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li
- Peraturan hubungan antara
manusia dengan Tuhan, iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri
- Peraturan hubungan antara
manusia dengan manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.
- Peraturan hubungan dalam
politik, iaitu akhlak seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan
kepimpinan melalui teladan.
3) PEMIKIRAN
POLITIK KONFUSIUS.
- REN – nilai asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan & harga diri dari pemerintah kepada rakyat.
- TE – ‘Kekuatan @ Kekuasaan” inti kekuatan manusia terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind), kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan
- ZHENG MING – peranan dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang. Kata-kata Konfusius; “Raja sebagai raja, Pembesar sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai anak”
- LI – pemerintahan bertatasusila, pembesar berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)
Daripada info ini, jelas kelihatan konsep yang sering diamalkan oleh kaum cina dalam mentadbir politik serta ekonomi terutama kepada kaum mereka.
*lebih banyak memberi lebih banyak dapat*-sama-samalah berkongsi ilmu
-jaga hati, jaga iman-