Projek CTU 551
Semester September – Disember 2014
Kumpulan
Ustazah Mahfuzah Mohammed Zabidi
TEMA : INSAN DAN TAMADUN
1.
Anda akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Kumpulan 1 - 2: Fokus kepada Melayu
1.
Politik dan Pentadbiran
2.
Ekonomi dan Pembangunan
3.
Ilmu dan Pendidikan
4.
Wanita dan Keluarga
Kumpulan 3 – 4 : Fokus
kepada Cina
5. Politik dan Pentadbiran
6. Ekonomi dan
Pembangunan
7.
Ilmu dan Pendidikan
8.
Wanita dan Keluarga
Kumpulan 5 -6 : Fokus kepada India
9.
Politik dan Pentadbiran
10.
Ekonomi dan Pembangunan
11.
Ilmu dan Pendidikan
12.
Wanita dan Keluarga
2.
TAHAP 1
Anda dikehendaki melakukan
kajian mengenai latar belakang sejarah,
kepercayaaan, pencapaian dan nilai murni mengenai kelompok masyarakat yang anda ditugaskan.
Anda harus
membuat perbandingan mengenai perkara-perkara tersebut antara masyarakat
tradisional dan masyarakat moden.
Nyatakan apakah
perbezaan yang wujud?
Mengapakah
berlaku perubahan?
Apakah cabaran
semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?
Adakah berlaku
jurang nilai antara golongan tua dan muda?
Mengapa?
Nilaikan adakah
perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?
Nilaikan,
bagaimana Islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan dan perbezaannya?
TEMA UTAMA:
ISLAM, CABARAN BARAT
3.
Untuk melengkapkan maklumat
yang dikehendaki anda boleh:
a.
Menemuramah orang sumber yang tepat
b.
Melawat Muzium Negara / Muzium
Kesenian / Istana Budaya / Perpustakaan Negara
c.
Melakukan pembacaan
ensiklopedia budaya
d.
Melakukan pemerhatian terdapat
kelompok masyarakat tersebut
e.
Dan sebagainya
TAHAP 2
4.
Setelah semua maklumat
diperolehi, anda pasti berolehi pengetahuan dan kesedaran baru. Anda perlu memikirkan bagaimanakah dengan
pengetahuan dan kesedaran tersebut, anda dapat menyumbang kepada ketamadunan
masyarakat di sekeliling anda (sekurang-kurangnya 10 orang). Kerja
lapangan anda dikira tamat apabila 10 orang (sekurang-kurangnya) mendapat
manfaat daripada anda. J
5.
Segala kerja yang terlibat
untuk menjayakan projek ini, harus direkodkan dalam blog kumpulan anda. Dari masa ke masa, pensyarah anda akan
memantau blog tersebut. Wujudkan juga
ruang interaktif dengan pembaca agar anda mendapat maklum balas dari pembaca. Blog anda perlulah menarik, interaktif dan
informatif. Masukkan segala bahan dapatan mengenai projek dalam blog tersebut
seperti video, gambar dan sebagainya.
6.
Penilaian akhir blog akan
dilakukan pada minggu ke-13. Bahasa yang
digunakan dalam blog adalah formal.
7.
Bermula minggu ke-10*,
pembentangan projek anda akan dilakukan di kelas. Anda perlu membentangkan hasilan kerja anda
menggunakan padlet. Masa pembentangan adalah 10 – 12 minit.
8.
Semasa pembentangan di kelas, anda
harus menjawab soalan berikut:
a.
Apakah perkara baru yang saya pelajari melalui
projek ini?
b.
Bagaimanakah projek ini dapat
menyumbang kepada pembangunan diri saya?
c.
Apakah nilai utama yang saya
sangat terkesan daripada projek ini?
SEMOGA
SAMA SAMA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROJEK INI – AL-FATIHAH
0 comments: