Assalamualaikum :) Alhamdulillah kami telah berjaya membuat sedikit montaj disebalik kegiatan khidmat masyarakat yang kami adakan. 




Semoga terhibur!


Khidmat masyarakat pertama yang kami jalankan adalah dengan mengedarkan brochure mengenai kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut. 
  
Kami memulakan pengedaran brochure ini di waktu malam kepada rakan serumah, jiran dan rakan sebilik kami. Mereka yang selama ini tertanya-tanya tentang projek yang kami bertungkus-lumus laksanakan akhirnye turut mendapat manfaat. 

Ketika kami sedang berusaha mengumpulkan maklumat.



 Ketika kami menerangkan isi yang terdapat pada brochure kami









Semoga penerangan kami ini dapat menyumbang kepada pembangunan diri setiap individu. Amin.
Assalamualaikum, pada hari yang sama iaitu pada waktu petang, kami telah berjaya menyambung aktiviti khidmat masyarakat ke-2 yang bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling mengenai dapatan projek lapangan ini.


Perbincangan kami sebelum memulakan khidmat masyarakat 

'selfie' wajah gembira kami sekumpulan sebelum mengedarkan brochure 

Pada kali ini kami berkeputusan untuk melakukan khidmat ini di kawasan yang dipenuhi masyarakat yang ramai iaitu di Cafe Rafflesia. Antara kumpulan yang sempat kami hampiri pada masa itu adalah kumpulan pelajar asasi yang sedang melakukan diskusi.





Brochure yang kami edarkan menerangkan tentang kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut. 




Alhamdulillah, maka selesailah khidmat masyarakat kami pada hari itu.
Semoga penerangan kami dapat memberi manfaat kepada masyarakat  demi memajukan bangsa, agama dan negara. InsyaAllah.




Di akhir-akhir persiapan untuk pembentangan esok, kami telah memantapkan pengetahuan kami dengan lebih lagi menerusi pembacaan-pembacaan semula bahan-bahan kajian kami. Untuk pengetahuan semua, kami amat up-to-date dalam mencari bahan kajian. Kebanyakannya adalah memalui google schoolar, dan google books. Hal ini kerana, amat sukar untuk kami mendapatkan bahan bacaan yang sesuai. Bahan kami banyak ditulis oleh penyelidik-penyelidik dari UKM dan UPM.


Penghijrahan terawal orang-orang Cina bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia diketuai oleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah .Puteri Hang Li Po yang diiringi seramai 500 orang pengikut telah bermastautin di Melaka. Ini merupakan pusingan pertama penghijrahan migran Cina di Tanah Melayu. Kesan peristiwa ini mewujudkan kelompok masyarakat peranakan Melayu- Cina iaitu hasil perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut. Mereka  ini dikenali sebagai kaum Baba dan Nyonya.
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Gina yang unik kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu amnya (kini Malaysia),khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh British pada awal abad ke-17,berlaku infirioriti kompleks di kalangan mereka. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, yang mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka dari zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
 Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu.
Proses penghijrahan kedua yang paling penting melibatkan perpindahan secara besar-besaran adalah dalam sekitar abad ke- 19 dan ke-20. Ini  dipengaruhi oleh faktor penolak yang terdapat di negeri China iaitu masalah kemiskinan dan penderitaan hidup yang dihadapi oleh mereka di negara asal mereka. Ketidakstabilan ekonomi ditambah pula dengan suasana politik yang kucar-kacir seperti tercetusnya pemberontakan Taiping tahun 1857 di kawasan tengah dan selatan negara China memaksa mereka  melakukan penghijrahan keluar dari negara asal mereka. Fenomena ini ditambah pula dengan wujudnya suasana kepadatan penduduk yang berlebihan di kawasan selatan negara China, telah menimbulkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Situasi ini mendorong mereka berhijrah keluar. Ini merupakan sebahagian daripada faktor penolak. Proses imigrasi diperkuatkan pula dengan adanya faktor penarik seperti peluang-peluang pekerjaan yang terbentang luas di Tanah Melayu.
Diikuti dan dipengaruhi pula oleh dasar pemerintahan Inggeris yang menggalakkan kemasukan kaum migran Cina untuk berniaga dan membuka kawasan-kawasan lombong bijih timah. Demi untuk memenuhi keperluan bahan mentah, Inggeris sedia menerima kemasukan kaum migran Cina tanpa mengambil kira pandangan dan juga perasaan masyarakat peribumi di Tanah Melayu.
Masyarakat Cina terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kalau ditinjau dari pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan dialek, didapati bahawa mereka ini terdiri daripada kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayah Kwangtung. Manakala Hokkien dari wilayah Fukien. Bagi mereka yang bertutur dalam dialek Hakka pula berasal dari wilayah Pergunungan Kwantung. Sebagai contoh taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatan kaum Cina di kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka. Bagi kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di Perak dan Kelang, Selangor didiami pula dari dialek Hokkien. Manakala yang terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi pertanian pula seperti penanaman tebu, lada hitam, dan gambir, taburan kependudukan Cina yang terdiri dari golongan dialek Teochew.
      Penghijrahan bangsa Cina ini menjadi begitu rancak sekali pada abad ke-20 kerana waktu itu pembukaan kawasan-kawasan lombong bijih timah dan minat pihak British yang memerlukan bahan tersebut serta kekurangan tenaga kerja sektor tersebut. Lantaran itu dasar British menggalakkan kaum Cina datang secara beramai-ramai demi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor perlombongan. Maka proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya ialah melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok-kelompok Cina yang lebih dikenali sebagai kongsi gelap. Kaedah ini menimbulkan banyak masalah kerana melibatkan unsur-unsur yang tidak sihat. Kegagalan sistem ini yang tidak mengutamakan kebajikan para buruh Cina kemudiannya digantikan dengan Sistem Pengambilan Personel oleh majikan yang memerlukan tenaga buruh dan sistem pengambilan rumah kongsi apabila kerajaan Inggeris mula prihatin dalam hal-ehwal merekrut buruh-buruh Cina ini. Tidak harus diabaikan bahawa mereka ini datang dengan pelbagai latar belakang dan fahaman politik yang akhirnya dizahirkan. Abadke-20 di negeri China kedapatan dua aliran pemikiran politik yang mendominsi China waktu itu iaitu Parti Koumintang dan Parti Komunis China. Dua aliran fahaman yang sudah pasti menguasai pemikiran kaum migran yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian mencorakkan suasana politik di Tanah Melayu lebih menarik untuk dikaji dan diteliti.

HASIL PENEMUAN,,



          Dalam sibuk mencari input bagi projek kami, kami menemui pelbagai cara dan corak kehidupan masyarakt cina di Malaysia. Kaum ini mempunyai 2 agama rasmi mereka iaitu agama Kristian dan agama Buddha. Kedua agama ini merupakan agama majoriti masyarakat cina di Malaysia. 


AGAMA BUDDHA.

           Bagi yang menganut agama Buddha  mereka akan pergi ke tokong (temple)  untuk bersembahyang. Mereka biasanya bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina setiap bulan. Penganut agama Buddha (buddhist) menyambut Hari Wesak. Gambar perayaan hari wesak:



Sambutan hari Wesak
acara perarakkan.


AGAMA KRISTIAN.


       Bagi kaum cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari ahad untuk bersembahyang. Penganut agama ini akan menyambut perayaan hari Krismas.
kemudahan gereja disediakan
Masyarakat cina di malaysia, mempunyai 2 agama kepercayaan mereka yang pasti diterapkan dalam kehidupan mereka. ^^)






Assalamua’laikum w.b.t.. Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya di atas muka bumi ini. Marilah sama-sama kita beristighfar dan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W..

******
Selesai sudah kelas kami hari ini. Hari ni kami tiada apa-apa pun aktiviti untuk projek CTU551. Kami hanya nak berkongsi informasi yang kami perolehi daripada kelas ekonomi ----> 
Sehingga Jun 2008 mengikut statistik pemilikan hartanah di Kuala Lumpur masyarakat Melayu hanya memiliki 21.7% iaitu bersamaan 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhannya. Statistik tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sahak Surip, menunjukkan bahawa kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.1% bersamaan 223,172 unit, manakala kaum India pula sebanyak 5.1% bersamaan 21,880 unit, lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.8% bersamaan 20,472 unit dan selebihnya 16.3% bersamaan 70,066 unit dimiliki oleh syarikat atau agensi.
 

Selain itu, ini fakta yang kami perolehi dari google senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

Link :