Disebabkan beberapa masalah teknikal, blog asal PHEONIX551.blogspot.com terpaksa dipinda kepada  http://ctu551palam.blogspot.com/ kerana beberapa masalah teknikal.
Geram juga kami kerana akaun google asal telah di'hack'.Terpaksalah kami gunakan nama baru blog yang agak klise untuk projek ni.
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bersua lagi di alam maya. Semoga amalan yang bakal kita lakukan hari ini lebih baik daripada hari yang sebelumnya.

Assalamua'laikum semua. hari ni kami nak kongsikan beberapa fakta yang menarik yang kami perolehi. Tahukah anda syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang besar di Malaysia? dan secara tidak langsung telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Jom kita lihat..

Link :
assalamualaikum,, :D
happy to be here again ^^)

Hari ni kami mendapat satu lagi info baru mengenai kaum cina..wahh, tak sia-sia kami (spend) seharian untuk lengkapkan lagi projek kami ini. Mengikut kajian kami pelbagai kepercayaan dan pegangan yang diguna pakai oleh kaum cina dalam bidang politik dan ekonomi :

1) pengamalan konsep Zhung/ The GoldenMean.

-konsep ini merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta
-tidak mennyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian
-kosep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.

2) Konsep Li (Tatasusila)

- Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
- Merujuk kepada adat istiadat
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.

Fahaman Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li

- Peraturan hubungan antara manusia dengan Tuhan, iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri
- Peraturan hubungan antara manusia dengan manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.
- Peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan kepimpinan melalui teladan.

3) PEMIKIRAN POLITIK KONFUSIUS.

- REN – nilai asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan & harga diri dari pemerintah kepada rakyat.

- TE – ‘Kekuatan @ Kekuasaan” inti kekuatan manusia terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind), kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan

- ZHENG MING – peranan dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang. Kata-kata Konfusius; “Raja sebagai raja, Pembesar sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai anak”

- LI – pemerintahan bertatasusila, pembesar berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)

Daripada info ini, jelas kelihatan konsep yang sering diamalkan oleh kaum cina dalam mentadbir politik serta ekonomi terutama kepada kaum mereka.

*lebih banyak memberi lebih banyak dapat*-sama-samalah berkongsi ilmu
-jaga hati, jaga iman-
Pokok buluh membiak sebagai keluarga yang besar yang sering membiak dalam suatu kawasan. Perkara ini menunjukkan perniagaan akan menjadi besar dengan wujudnya perniaga kecik-kecilan atau rakan perniagaan di sekeliling. Buluh merupakan suatu tumbuhan yang berongga yang mempunyai ketahanan fizikal yang amat kuat berbanding tumbuhan berongga yang lain. Ketahanan fizikal buluh ini melambangkan kekuatan individu atau kelompok dalam perniagaan malah sangat fleksibel melambangkan sifat tolak ansur yang sedia membentuk kerjasama. Perkara ini dapat menjelaskan maksud 'Jaringan Buluh' yang menerangkan perniagaan orang cina di seluruh negara.



Selepas Perang Dingin, perkembangan ekonomi terutamanya di benua Asia, dikenali sebagai Jaringan Bamboo yang terdiri daripada keluarga perniagaan orang Cina di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Zon Pantai China memonopoli perkembangan pesat di Asia Tenggara. Persoalannya, bagaimana mereka mampu menguasai ekonomi di kawasan Asia Tenggara?

Masyarakat cina mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Mereka bermula dari modal yang sedikit kemudian dikumpul sehingga cukup untuk dilaburkan. Pelaburan mampu membawa keuntungan yang banyak dan seterusnya perniagaan mampu dikembangkan dengan pesat.

Dalam sistem jaringan buluh, satu generasi kepimpinan di wariskan kepada generasi seterusnya. Sebagai contoh pada tahun 1993, Robert Kuok secara rasminya bersara daripada Kumpulan Kuok, yang merupakan seuah perusahaan keluarga. Dengan cara tradisional Cina, beliau membahagikan Hong Kong dan Singapura serta operasi di Malaysia kepada dua orang anak lelaki, dengan anak yang lebih tua mengambil alih lokasi Hong Kong. Mengikut tradisi perniagaan Cina, walaupun telah bersara, Encik Kuok masih bertanggungjawab terhadap keputusan penting Kumpulan Kuok. Perkara ini bagi mengekalkan tradisi keluarga dengan mernaruh kepercayaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat dalam menjaga harta dan warisan.

Robert kuok, pengasas kumpulan Kuok.

Seterusnya orang cina mempunyai struktur perniagaan yang tidak formal malah bersifat fleksibel. Ia lebih kepada perbualan di kalangan rakan-rakan dan saudara mara yang dipercayai. Persaudaraan, sama ada di dalam puak atau kampung menyediakan asas bagi amanah bersama untuk perniagaan dalam rangkaian, walaupun dijalankan pada jarak jauh. Kebanyakkan perniagaan yang dialirkan diuruskan oleh kaum kerabat atau keturunan mereka. Strategi masyarakat cina ini berjaya dengan tingginya kerana mereka berprofil rendah. Oleh itu mereka jarang menjadi sasaran masyarakat atau tindakan kerajaan. 

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil melalui sistem perniagaan Jaringan buluh masyarakat cina ini antaranya adalah


  • Perniagaan keluarga memberi banyak manfaat. Seringkala kejatuhan syarikat sering dikaitkan dengan sabotaj dari orang dalam. Dengan tali persaudaraan yang kuat dalam syarikat, perkara ini dapat dielakkan iaitu dengan meletakkan keluarga dalam pengurusan syarikat tidak kira kecil mahupun besar
  • Modal perniagaan tidak terlalu tinggi dan pekerjaan dilakukan bersungguh-sungguh. Selalunya masyarakat cina tidak mempunyai pekerja yang ramai, kuantiti tidak penting bagi mereka malah kualiti yang sering diketengahkan. Kualiti yang ada pada sedikit pekerja yang ada sudah cukup bagi mengerakkan organisasi.
  • Kepercayaan semasa bekerja. Oleh kerana mereka menjalinkan urusan perniagaan melalui jaringan buluh, mereka sangat mempercayai antara satu sama lain, Kepercayaan sangat penting dalam membentuk kekuatan dalam organisasi malah dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam pentadbiran.


Kesimpulannya, masyarakat cina mampu menguasai ekonomi dunia dengan mempunyai sistem perniagaan yang kukuh dengan meletakkan jaringan buluh iaitu sistem pentadbiran kekeluargaan untuk mengembangkan perniagaan kerana mempunyai persaudaraan dalam organisasi yang kuat. Walaupun mereka pada mulanya hanya membuka perniagaan kecil-kecilan, mereka mampu melebarkan sayap hingga ke seluruh pelusuk dunia. Justeru untuk melaksanakan pentadbiran yang cemerlang, sifat-sifat kepimpinan dan kekuatan yang diamalkan orang cina dalam perniagaan haruslah diambil iktibar. Namun janganlah kita alpa mengenai penerapan sifat-sifat islam dalam perniagaan kerana sesungguhnya keberkatan dalam sesuatu pekerjaan adalah lebih penting.

Semoga kita semua dapat manfaat dari penulisan ini.


Sumber:
1) http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/bamboo-network-bagaimana-orang-cina-menguasai-ekonomi-dunia.html
2)Google image





Hari ini,  ketua projek sudah membahagikan tugasan masing-masing. Ini adalah plan awal kami.Plan ini harus dihantar kepada Ustazah Mahfuzah supaya ustazah dapat pantau perkembangan kerja kami. Diharap apa yang dah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaALLAH... :)
PEMBAHAGIAN TUGASAN PROJEK CTU551 2014
KUMPULAN 3 (MASYARAKAT CINA-POLITIK DAN PENTADBIRAN & EKONOMI DAN PEMBANGUNAN)

BLOGSPOT:PHEONIX551.blogspot.com

MINGGU AKADEMIK
TARIKH
TUGASAN
OBJEKTIF YANG PERLU DICAPAI
NAMA (PERSON IN CHARGE)
6
20-24 OCT
Buat blog





Sediakan blog kumpulan+ ruang interaktif untuk dapat maklum balas pembaca
-PHEONIX551.blogspot.com
FAAH
7-8

27-31 OCT
3-7 NOV
1.Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia
2.Carian maklumat
berkenaan kelompok masyarakat Cina berkenaan aspek
1.       latar belakang dan sejarah.
2.       kepercayaan
3.       pencapaian
4.       4. nilai murni
-Cari maklumat
-cari apa perbezaan dalam aspek tersebut  (perbezaan antara masyarakat tradisional dengan moden)
-jawab soalan berikut
1. Nyatakan apakah perbezaan yang wujud?
2. Mengapakah berlaku perubahan?
3. Apakah cabaran semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?
4. Adakah berlaku jurang nilai antara golongan tua dan muda?  Mengapa?
5. Nilaikan adakah perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?
-Nilaikan, bagaimana Islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan dan perbezaannya?
-update jawapan dalam padlet.com/fitriyahamira/tugasan

1. FAAH
2. AHM
3.NNHM
4.NNZ
9
17-21 NOV
Penyediaan kertas kerja
Menyiapkan dokumentasi dalam kertas kerja.
FAAH
NNZ
10
17-21 NOV
-Siapkan padlet
-persiapan  pembentangan (19/11/14)
Pembentangan dalam padlet ~(20/10/14)
AHM,
NNHM
11
24-28 NOV
-kemaskini blog

Melengkapkan dan menyempurnakan blog- PHEONIX551.blogspot.com
Semua

12
1-5 DIS
13
8-12 DIS

Semakan blog oleh penyelia.
Ustazah Mahfuzah

Rujukan:
1.FITRIYAH AMIRA ABD HALIM-FAAH
2.AIMAN HANANI BINTI MOKTHAR-AHM
3. NURUL  NAJIHATUL HANIE  BINTI MUHAMMAD   SHAHID–NNHM
4. NUR NAJIHAH ZABIDI-NNZ