Assalamualaikum :) Alhamdulillah kami telah berjaya membuat sedikit montaj disebalik kegiatan khidmat masyarakat yang kami adakan.
To be moderate, to be in the middle, and to be the best
KHIDMAT MASYARAKAT 1
Posted by Unknown at Thursday, December 11, 2014
Khidmat masyarakat pertama yang kami jalankan adalah dengan mengedarkan brochure mengenai kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut.
Kami memulakan pengedaran brochure ini di waktu malam kepada rakan serumah, jiran dan rakan sebilik kami. Mereka yang selama ini tertanya-tanya tentang projek yang kami bertungkus-lumus laksanakan akhirnye turut mendapat manfaat.
Ketika kami sedang berusaha mengumpulkan maklumat.
Ketika kami menerangkan isi yang terdapat pada brochure kami
Semoga penerangan kami ini dapat menyumbang kepada pembangunan diri setiap individu. Amin.
KHIDMAT MASYARAKAT 2
Posted by Unknown at Thursday, December 11, 2014
Assalamualaikum, pada hari yang sama iaitu pada waktu petang, kami telah berjaya menyambung aktiviti khidmat masyarakat ke-2 yang bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling mengenai dapatan projek lapangan ini.
Perbincangan kami sebelum memulakan khidmat masyarakat
'selfie' wajah gembira kami sekumpulan sebelum mengedarkan brochure
Pada kali ini kami berkeputusan untuk melakukan khidmat ini di kawasan yang dipenuhi masyarakat yang ramai iaitu di Cafe Rafflesia. Antara kumpulan yang sempat kami hampiri pada masa itu adalah kumpulan pelajar asasi yang sedang melakukan diskusi.
Brochure yang kami edarkan menerangkan tentang kejayaan kaum cina di Malaysia. Kami menerangkan tentang dominasi masyarakat cina dalam bidang ekonomi di Malaysia dan rahsia kejayaan mereka dalam bidang tersebut.
Alhamdulillah, maka selesailah khidmat masyarakat kami pada hari itu.
Semoga penerangan kami dapat memberi manfaat kepada masyarakat demi memajukan bangsa, agama dan negara. InsyaAllah.
BAHAN-BAHAN KAJIAN KAMI
Posted by Unknown at Wednesday, December 10, 2014
Di akhir-akhir persiapan untuk pembentangan esok, kami telah memantapkan pengetahuan kami dengan lebih lagi menerusi pembacaan-pembacaan semula bahan-bahan kajian kami. Untuk pengetahuan semua, kami amat up-to-date dalam mencari bahan kajian. Kebanyakannya adalah memalui google schoolar, dan google books. Hal ini kerana, amat sukar untuk kami mendapatkan bahan bacaan yang sesuai. Bahan kami banyak ditulis oleh penyelidik-penyelidik dari UKM dan UPM.
MIGRASI MASYARAKAT CINA KE TANAH MELAYU
Posted by Unknown at Saturday, December 06, 2014
Penghijrahan
terawal orang-orang Cina bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia
diketuai oleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah
.Puteri Hang Li Po yang diiringi seramai 500 orang pengikut telah bermastautin
di Melaka. Ini merupakan pusingan pertama penghijrahan migran Cina di Tanah
Melayu. Kesan peristiwa ini mewujudkan kelompok masyarakat peranakan Melayu-
Cina iaitu hasil perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut.
Mereka ini dikenali sebagai kaum Baba
dan Nyonya.
Baba
dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Gina yang unik kedudukannya dalam
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu amnya
(kini Malaysia),khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh
British pada awal abad ke-17,berlaku infirioriti kompleks di kalangan mereka.
Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi
sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga
dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina
yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan
pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka
memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, yang
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan
budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka dari zaman
silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina
dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka
sebagai "Baba".
Dari segi anutan, kebanyakannya masih
mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti
Islam atau Kristian. Setelah bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai
kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok
masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu.
Proses
penghijrahan kedua yang paling penting melibatkan perpindahan secara besar-besaran
adalah dalam sekitar abad ke- 19 dan ke-20. Ini
dipengaruhi oleh faktor penolak yang terdapat di negeri China iaitu
masalah kemiskinan dan penderitaan hidup yang dihadapi oleh mereka di negara
asal mereka. Ketidakstabilan ekonomi ditambah pula dengan suasana politik yang kucar-kacir
seperti tercetusnya pemberontakan Taiping tahun 1857 di kawasan tengah dan selatan
negara China memaksa mereka melakukan penghijrahan
keluar dari negara asal mereka. Fenomena ini ditambah pula dengan wujudnya
suasana kepadatan penduduk yang berlebihan di kawasan selatan negara China,
telah menimbulkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Situasi ini mendorong
mereka berhijrah keluar. Ini merupakan sebahagian daripada faktor penolak. Proses
imigrasi diperkuatkan pula dengan adanya faktor penarik seperti peluang-peluang
pekerjaan yang terbentang luas di Tanah Melayu.
Diikuti
dan dipengaruhi pula oleh dasar pemerintahan Inggeris yang menggalakkan kemasukan
kaum migran Cina untuk berniaga dan membuka kawasan-kawasan lombong bijih timah.
Demi untuk memenuhi keperluan bahan mentah, Inggeris sedia menerima kemasukan
kaum migran Cina tanpa mengambil kira pandangan dan juga perasaan masyarakat peribumi
di Tanah Melayu.
Masyarakat
Cina terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kalau
ditinjau dari pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan dialek,
didapati bahawa mereka ini terdiri daripada kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan
Hailam yang berasal dari wilayah Kwangtung. Manakala Hokkien dari wilayah Fukien.
Bagi mereka yang bertutur dalam dialek Hakka pula berasal dari wilayah
Pergunungan Kwantung. Sebagai contoh taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatan
kaum Cina di kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka.
Bagi kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di Perak dan
Kelang, Selangor didiami pula dari dialek Hokkien. Manakala yang terlibat
secara langsung dalam kegiatan ekonomi pertanian pula seperti penanaman tebu,
lada hitam, dan gambir, taburan kependudukan Cina yang terdiri dari golongan
dialek Teochew.
Penghijrahan bangsa Cina ini
menjadi begitu rancak sekali pada abad ke-20 kerana waktu itu pembukaan
kawasan-kawasan lombong bijih timah dan minat pihak British yang memerlukan bahan
tersebut serta kekurangan tenaga kerja sektor tersebut. Lantaran itu dasar
British menggalakkan kaum Cina datang secara beramai-ramai demi memenuhi
keperluan tenaga buruh dalam sektor perlombongan. Maka proses penghijrahan kaum
Cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya ialah melalui Sistem Tiket
Kredit yang diusahakan oleh kelompok-kelompok Cina yang lebih dikenali sebagai kongsi
gelap. Kaedah ini menimbulkan banyak masalah kerana melibatkan unsur-unsur yang
tidak sihat. Kegagalan sistem ini yang tidak mengutamakan kebajikan para buruh
Cina kemudiannya digantikan dengan Sistem Pengambilan Personel oleh majikan yang
memerlukan tenaga buruh dan sistem pengambilan rumah kongsi apabila kerajaan Inggeris
mula prihatin dalam hal-ehwal merekrut buruh-buruh Cina ini. Tidak harus diabaikan
bahawa mereka ini datang dengan pelbagai latar belakang dan fahaman politik yang
akhirnya dizahirkan. Abadke-20 di negeri China kedapatan dua aliran pemikiran politik
yang mendominsi China waktu itu iaitu Parti Koumintang dan Parti Komunis China.
Dua aliran fahaman yang sudah pasti menguasai pemikiran kaum migran yang
berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian mencorakkan suasana politik di Tanah Melayu
lebih menarik untuk dikaji dan diteliti.
- keUNIKannya -
Posted by Unknown at Thursday, December 04, 2014
HASIL PENEMUAN,,
Dalam sibuk mencari input bagi projek kami, kami menemui pelbagai cara dan corak kehidupan masyarakt cina di Malaysia. Kaum ini mempunyai 2 agama rasmi mereka iaitu agama Kristian dan agama Buddha. Kedua agama ini merupakan agama majoriti masyarakat cina di Malaysia.
AGAMA BUDDHA.
Bagi yang menganut agama Buddha mereka akan pergi ke tokong (temple) untuk bersembahyang. Mereka biasanya bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina setiap bulan. Penganut agama Buddha (buddhist) menyambut Hari Wesak. Gambar perayaan hari wesak:Bagi kaum cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari ahad untuk bersembahyang. Penganut agama ini akan menyambut perayaan hari Krismas.
kemudahan gereja disediakan |
senarai 10 orang terkaya di Malaysia
Posted by Unknown at Tuesday, December 02, 2014
Assalamua’laikum w.b.t.. Alhamdulillah..
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk merasai
nikmatnya di atas muka bumi ini. Marilah sama-sama kita beristighfar dan
berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W..
******
Selesai sudah kelas kami hari ini. Hari ni
kami tiada apa-apa pun aktiviti untuk projek CTU551. Kami hanya nak berkongsi
informasi yang kami perolehi daripada kelas ekonomi ---->
Sehingga Jun 2008 mengikut statistik pemilikan hartanah di Kuala Lumpur masyarakat Melayu hanya memiliki 21.7% iaitu bersamaan 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhannya. Statistik tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sahak Surip, menunjukkan bahawa kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.1% bersamaan 223,172 unit, manakala kaum India pula sebanyak 5.1% bersamaan 21,880 unit, lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.8% bersamaan 20,472 unit dan selebihnya 16.3% bersamaan 70,066 unit dimiliki oleh syarikat atau agensi.
Sehingga Jun 2008 mengikut statistik pemilikan hartanah di Kuala Lumpur masyarakat Melayu hanya memiliki 21.7% iaitu bersamaan 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhannya. Statistik tersebut dibentangkan oleh Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sahak Surip, menunjukkan bahawa kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.1% bersamaan 223,172 unit, manakala kaum India pula sebanyak 5.1% bersamaan 21,880 unit, lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.8% bersamaan 20,472 unit dan selebihnya 16.3% bersamaan 70,066 unit dimiliki oleh syarikat atau agensi.
Selain itu, ini fakta yang kami perolehi
dari google senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
Link :
SOAL SELIDIK 4 ---->
Posted by Unknown at Saturday, November 29, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..
***
Hari ini kami telah menemu bual seorang lagi respondan kami dari bangsa Cina. Berikut merupakan hasil temu bual saya dan rakan saya menggunakan laman sosial 'Facebook'.
***
Hari ini kami telah menemu bual seorang lagi respondan kami dari bangsa Cina. Berikut merupakan hasil temu bual saya dan rakan saya menggunakan laman sosial 'Facebook'.
SOAL SELIDIK 3 ---->
Posted by Unknown at Monday, November 17, 2014
'Interview' ini dibuat melalui laman sosial 'Facebook'. Respondan kami berbangsa CINA. Terima kasih kerana sudi bekerjasama dan meluangkan masa menjawab survey untuk projek CTU ini. :)
Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Posted by Unknown at Wednesday, November 12, 2014
sumber-online Merdeka
Selain itu, jumlah mutual actual investment telah mencapai US $ 7.46bil (RM 23.9bil), serta direkodkan jumlah pelaburan China di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak 193.3%.
Kepentingan Dan Kebijaksanaan Menjaga Hubungan Bilateral Malaysia China
Tarikh 31 Mei 2014 melengkapkan 40 tahun
hubungan bilateral Malaysia Cina yang terjalin secara rasminya pada
tahun 1974 yang lalu.
Hubungan yang disifatkan sebagai satu
yang istimewa oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak
ini akan membawa impak yang lebih positif dan besar kepada negara di
masa hadapan terutamanya dari aspek ekonomi.
Selain daripada lawatan rasmi Perdana
Menteri ke China sebagai simbolik kepada ulang tahun tersebut, Malaysia
juga turut mengalu-alukan kedatangan dua ekor panda dari Chengdu, China
sebagai simbol keakraban dan kemesraan dalam hubungan bilateral diantara
Malaysia dan China.
Namun begitu, kedatangan Panda daripada
China ini sedikit sebanyak mengundang persepsi yang negatif dan tidak
tepat di kalangan sesetengah pihak.
Ada fakta dan persoalan yang perlu
diperjelaskan bagi mengubah persepsi yang kurang penelitian dan fokus
ini. Penjelasan itu akan dirungkai dari sudut hubungan diplomatik dan
kepentingannnya kepada ekonomi Malaysia.
Jika kita melihat kepada sejarah jalinan
hubungan diplomatik Malaysia China ini, ia bermula sebagai satu
perjalanan yang tidak indah, kalau boleh diungkapkan sedikit sejarahnya
di sini, ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman.
Era komunisme begitu menebal di Tanah
Melayu pada ketika itu, menyebabkan dasar Persekutuan Tanah Melayu lebih
bersifat anti-komunis yang merujuk kepada negara Tanah Besar tersebut.
Ini kerana era pemerintahan China pada ketika itu dikemudi oleh Maoist
atau Mao Zedong, di mana ideologi politiknya menjurus kepada komunisme.
Tambahan lagi, sekurang-kurangnya dalam
tempoh dua minggu berlaku pemberontakan secara gerila yang dilancarkan
oleh pihak komunis di Tanah Melayu selepas pihak Jepun menyerah kalah
pada Perang Dunia Kedua telah membawa kerosakan dan bencana kepada
rakyat dan negara, hingga negara kita terpaksa diisytiharkan darurat
pada 18 Jun 1948.
Namun begitu, hubungan diplomatik
Malaysia China mula memasuki fasa pemulihan dan fasa baru jalinan
hubungan diplomatik melalui Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak.
Seterusnya menjadi pencetus kepada
inisiatif mengeratkan hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara
melalui pemimpin-pemimpin kemudiannya iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohammad,
Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Panda dan Signifikan Hubungan Diplomatik Malaysia, China
Antara faktor utama Malaysia meminjam
panda gergasi daripada China selama 10 tahun adalah untuk menarik
tumpuan dan kunjungan pelancong berkunjung ke Malaysia amnya, khasnya ke
Zoo Negara.
Kemungkinan tidak ramai yang dapat
melihat impak kepada tarikan Panda, Fu Wa dan Feng Yi ini ke negara kita
lantas konsep pembaziran itu menjadi nadi kepada topik perbualan
semasa.
Kenyataan pembaziran itu sedikit kurang
praktikal untuk diaplikasikan jika dilihat dari sudut hasil yang bakal
diperolehi dari kunjungan pelancong untuk melihat panda di zoo negara.
Sebagai contoh, salah sebuah zoo yang
mendapat manfaat hasil daripada meminjam panda daripada China iaitu,
merujuk kepada laporan akhbar The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya
menerima jumlah pengunjung yang luar biasa dengan kehadiran panda Tian
Tian dan Yang Guang.
Pemiliknya Royal Zoological Society Of
Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih
daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.
Kedatangan pengunjung meningkat mendadak
51% dengan kehadiran panda pada 2011. Zoo berkenaan yang mengalami
defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas
selepas ketibaan panda.
Ini pastinya bakal akan berlaku kepada
Malaysia. Faktor Malaysia bukanlah kawasan habitat bagi haiwan panda dan
ia hanya terdapat di kawasan Tengah Selatan China bakal merealisasikan
interaksi empat mata para pengunjung tempatan dan antarabangsa yang
datang dengan haiwan tersebut.
Berbeza dengan haiwan-haiwan yang terdapat di Malaysia, kekerapan masyarakat untuk bertemu dengan haiwan seperti Orang Utan, Hornbills, Bayau, tapir dan beberapa spesies haiwan lain adalah tinggi dan ia sudah menjadi satu kelaziman bagi masyarakat Malaysia.
Namun begitu, kehadiran panda ini bakal
menjadi satu kelaziman baharu kepada masyarakat Malaysia untuk memahami
gaya hidup dan rutin harian panda, yang tidak terdapat di Malaysia.
Kelebihan ini akan menjadi batu asas
kepada zoo negara untuk memperoleh pendapatan dan modal pusingan bagi
kekal menjadi pusat pameran haiwan terbesar di Malaysia serta membantu
pertumbuhan ekonomi negara melalui lonjakan di sektor pelancongan.
Ekonomi dan Hubungan Malaysia China
Panda diplomasi adalah salah satu bentuk
manifestasi keakraban dan kemesraan hubungan dua hala yang sebenarnya
mempunyai dan membawa erti yang lebih besar dan luas dalam konteks
hubungan antarabangsa.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia
berfikiran global untuk memahami konteks politik dan ekonomi Malaysia
lebih luas dan komprehensif.Ini kerana hubungan Malaysia China membawa
impak yang penting terutamanya untuk sektor ekonomi negara.
Kedua-dua negara saling simbiosis antara
satu sama lain kerana Malaysia adalah antara negara ASEAN yang
merupakan penyumbang dagangan terbesar bagi negara Tanah Besar tersebut.
Ini turut diakui oleh China melalui
Kedutaan China di Malaysia melalui saluran laman web kedutaan tersebut
yang menggambarkan Malaysia sebagai rakan dagangan ASEAN terbesar China,
dan masih mengekalkan posisinya selama 6 tahun berturut-turut sejak
tahun 2008.
China mencatatkan jumlah dagangan dua
hala tahun 2013 lebih daripada US $ 106 bilion (RM 340 bil), sebanyak
11.9% meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, jumlah mutual actual investment telah mencapai US $ 7.46bil (RM 23.9bil), serta direkodkan jumlah pelaburan China di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak 193.3%.
Ia semakin membawa manfaat dari tahun ke
tahun, lebih-lebih lagi apabila Malaysia China menjalin kerjasama
dengan menandatangani The Five Year Programme for Economic and Trade Cooperation pada Oktober 2013.
Persetujuan bersama ini menyimpulkan
kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pertanian, tenaga dan sumber
mineral; informasi dan telekomunikasi; perkilangan, pembangunan, dan
kejuruteraan; pelancongan, logistik dan peruncitan.
Kerjasama selama 5 tahun yang termetrai
ini jelas menunjukkan betapa kepercayaan negara China terhadap Malaysia
begitu utuh untuk menjalin hubungan ekonomi yang lebih rapat dan ampuh
kini dan di masa hadapan.
Selain itu, People’s Republic of China melihat
hubungan bilateral Malaysia China melalui kenyataan daripada Duta Besar
Malaysia ke China, Huang Huikang, telah memasuki fasa yang lebih
matang, bersefahaman dan pembangunan lebih komprehensif.
Kematangan yang dimaksudkan ini salah satunya dapat dilihat melalui projek Qingzhuo dan Kuantan Industrial Park yang telah dilancarkan masing-masing pada tahun 2012 dan 2013 sebagai satu kerjasama pelaburan diantara kedua-dua negara.
Pelaburan yang bakal membawa manfaat dan
keuntungan kepada kedua-dua negara, di mana aliran pusingan wang akan
sentiasa mapan di landasannya.
Selain dari aspek ekonomi yang menjadi
tumpuan dalam hubungan bilateral ini, Malaysia China juga
menitikberatkan perihal pendidikan.
Ini dapat dilihat melalui program
pertukaran pelajar di mana lebih daripada 10 000 pelajar China menuntut
di Malaysia dan pelajar Malaysia di China lebih daripada 6 000 pelajar.
Inisiatif pembangunan dan kerjasama
pendidikan dapat juga dilihat melalui usaha pihak China untuk
melancarkan cawangan pertama Universiti Xiamen di negara kita.
Program seperti ini memberi peluang
kepada pelajar dari kedua-dua negara untuk belajar dan memahami budaya
dan kehidupan kedua-dua negara.
Banyak lagi bidang kerjasama yang bakal
difokuskan dalam hubungan Malaysia China ini bagi membawa manfaat kepada
kedua-dua negara di masa hadapan.
Kesimpulan
Kerjasama yang terjalin diantara
kedua-dua negara jelas menunjukkan keutuhan hubungan yang dibina sejak 4
dekad lalu bakal menjadi lebih erat dan kuat di masa hadapan.
Pelbagai program dan perancangan akan
bakal dilaksanakan lagi dalam meraikan 40 tahun hubungan diplomatik
Malaysia China, selain daripada menerima kehadiran panda gergasi ke
Malaysia.
Antaranya ialah program China-Malaysia Islamic Culture Seminar yang bakal diadakan pada bulan Julai di Malaysia, dan pameran foto dan persembahan kebudayaan akan diadakan sepanjang tahun.
Kesimpulannya adalah, kehadiran panda
gergasi ke Malaysia adalah satu signifikasi persahabatan dan membawa
manfaat yang besar kepada ekonomi Malaysia dan secara langsung kepada
hubungan dua hala Malaysia China.
Ia menjadi manifestasi penerimaan kuasa
besar di rantau Asia seperti negara China terhadap negara membangun
seperti Malaysia dan membawa kepentingan dari segi imej dan perakuan
kewujudan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mampu memberi
saingan kepada negara-negara di dunia. -MO
Soal selidik 2 ---->
Posted by Unknown at Wednesday, November 05, 2014
Soal selidik ini adalah diantara saya(Najihah) dan seorang rakan sekolah, Ida (bukan nama sebenar) yang dilakukan di laman sosial (Facebook) pada 1 November 2014.
Najihah: Salam Ida, boleh saya mencuri masa anda sedikit bagi melontarkan beberapa persoalan tentang orang cina di Malaysia untuk projek ctu saya?
Ida : Wasalam Najihah, boleh insyaAllah
Najihah; Menurut pemerhatian saya, aina mempunyai beberapa rakan berbangsa cina.
Ida : Ye betul tu.
Najihah: Soalan pertama; Apakah pencapaian masyarakat Cina yang terbesar yang dapat awak perhatikan sehingga kini?
Ida : Pencapaian yang dari segi apa yang awak maksudkan?
Najihah: Dari pelbagai segi.
Ida : Bagi pendapat saya, orang cina mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam bidang akademik. Mereka mempunyai semangai kaum yang kuat dan amat bersungguh di dalam pelajarannya. Walaupun mereka kelihatan tenang malah tidur di dalam kelas, namun mereka mampu mencapai gred yang terbaik di kalangan kami.
Najihah: Bagi anda, apakah faktor yang menyebabkan mereka sedemikian?
Ida : Mereka mempunyai konsep "Apabila main, main betul-betul, apabila belajar, belajar betul"
Najihah: Oh begitu. Jadi, Adakah Ida mengetahui sedikit sebanyak politik dalam masyarakat Cina di Malaysia?
Ida : Maafkan saya tetapi saya tidak mengetahui tentang politik mereka.
Najihah: Apakah remaja berbangsa Cina di Malaysia kini kurang berminat terhadap politik mereka?
Ida : Menurut pengetahuan saya, Tidak ninafikan ada remaja berbangsa Cina yang mengambil tahu mengenai politik mereka manakala ada yang tidak mengendahkannya.
Najihah: Baik itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih Ida kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan saya.
Ida : Sama-sama
SOAL SELIDIK 1 ---->
Posted by Unknown at Sunday, November 02, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..
***
Berikut adalah aktiviti yang telah kami jalankan pada hari ini.
Perbualan berlaku di antara saya dan rakan saya yang berbangsa India.
Terima kasih kepada respondan kami yang pertama kerana memberi kerjasama kepada kami dalam membantu menjayakan soal selidik.
***
Berikut adalah aktiviti yang telah kami jalankan pada hari ini.
Perbualan berlaku di antara saya dan rakan saya yang berbangsa India.
Terima kasih kepada respondan kami yang pertama kerana memberi kerjasama kepada kami dalam membantu menjayakan soal selidik.
PHOENIX551.blogspot.com DIPINDA
Posted by Unknown at Monday, October 27, 2014
Disebabkan beberapa masalah teknikal, blog asal PHEONIX551.blogspot.com terpaksa dipinda kepada http://ctu551palam.blogspot.com/ kerana beberapa masalah teknikal.
Geram juga kami kerana akaun google asal telah di'hack'.Terpaksalah kami gunakan nama baru blog yang agak klise untuk projek ni.
Geram juga kami kerana akaun google asal telah di'hack'.Terpaksalah kami gunakan nama baru blog yang agak klise untuk projek ni.
10 Syarikat terbesar di Malaysia
Posted by Unknown at Thursday, October 23, 2014
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bersua lagi di alam maya. Semoga amalan yang bakal kita lakukan hari ini lebih baik daripada hari yang sebelumnya.
Assalamua'laikum semua. hari ni kami nak kongsikan beberapa fakta yang menarik yang kami perolehi. Tahukah anda syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang besar di Malaysia? dan secara tidak langsung telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Jom kita lihat..
Link :
Assalamua'laikum semua. hari ni kami nak kongsikan beberapa fakta yang menarik yang kami perolehi. Tahukah anda syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang besar di Malaysia? dan secara tidak langsung telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Jom kita lihat..
Link :
- kePERCAYAan + POLITIK + EKONOMI -
Posted by Unknown at Friday, October 17, 2014
assalamualaikum,, :D
- REN – nilai asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan & harga diri dari pemerintah kepada rakyat.
- TE – ‘Kekuatan @ Kekuasaan” inti kekuatan manusia terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind), kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan
- ZHENG MING – peranan dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang. Kata-kata Konfusius; “Raja sebagai raja, Pembesar sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai anak”
- LI – pemerintahan bertatasusila, pembesar berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)
happy to be here again ^^)
Hari ni kami mendapat satu lagi info baru mengenai kaum cina..wahh, tak sia-sia kami (spend) seharian untuk lengkapkan lagi projek kami ini. Mengikut kajian kami pelbagai kepercayaan dan pegangan yang diguna pakai oleh kaum cina dalam bidang politik dan ekonomi :
1) pengamalan konsep Zhung/ The GoldenMean.
-konsep ini merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta
-tidak mennyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian
-kosep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa.
2) Konsep Li (Tatasusila)
- Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
- Merujuk kepada adat istiadat
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
Fahaman Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li
- Peraturan hubungan antara
manusia dengan Tuhan, iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri
- Peraturan hubungan antara
manusia dengan manusia, iaitu penghormatan kepada manusia.
- Peraturan hubungan dalam
politik, iaitu akhlak seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan
kepimpinan melalui teladan.
3) PEMIKIRAN
POLITIK KONFUSIUS.
- REN – nilai asas yang boleh membawa kepada terbentuknya kerajaan yang berkebajikan (RENZHENG). REN membawa sifat baik hati, baik budi, kejituan, betul, perlindungan, kekuasaan, ihsan & harga diri dari pemerintah kepada rakyat.
- TE – ‘Kekuatan @ Kekuasaan” inti kekuatan manusia terletak kepada kekuatan rohani (faculty of mind), kekerasan tidak dapat selama-lamanya memaksa rakyat untuk taat. Kekuasaan melalui nilai kejiwaan akan dapat membentuk kesetiaan rakyat tanpa paksaan
- ZHENG MING – peranan dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut nama/jawatan yang disandang. Kata-kata Konfusius; “Raja sebagai raja, Pembesar sebagai pembesar, Ayah sebagai ayah, anak sebagai anak”
- LI – pemerintahan bertatasusila, pembesar berkhidmat berlandaskan ketaatan dan raja melayan pembesar berdasarkan tatasusila (adat & adab)
Daripada info ini, jelas kelihatan konsep yang sering diamalkan oleh kaum cina dalam mentadbir politik serta ekonomi terutama kepada kaum mereka.
*lebih banyak memberi lebih banyak dapat*-sama-samalah berkongsi ilmu
-jaga hati, jaga iman-
Rakan seperjuangan
PANDA
Pepatah cina
Be not afraid of growing slowly, be afraid only of standing still.
Blog kegemaran kami
-
-
Refleksi Keseluruhan Aktiviti - *Refleksi aktiviti :* § Kami berempat berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain yang mana merupakan kali pertama kami melakuka...
-
Sumbangan kami :) - Melalui projek CTU551 iaitu masyarakat cina dalam aspek pendidikan dan ilmu, wanita dan keluarga kami telah mendapat banyak ilmu baru. Salah satu ilmu ters...
-
10 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA - 1) TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY - Orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia - Dilahirkan pada tahun 195...
Blogger templates
Blogger news
Blogroll
Powered by Blogger.
KANDUNGAN
Popular Posts
-
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bersua lagi di alam maya. Semoga amalan yang bakal kita lakukan hari in...
-
Pokok buluh membiak sebagai keluarga yang besar yang sering membiak dalam suatu kawasan. Perkara ini menunjukkan perniagaan akan menjadi ...
-
Hari ini, ketua projek sudah membahagikan tugasan masing-masing. Ini adalah plan awal kami.Plan ini harus dihantar kepada Ustazah Ma...
-
sumber-online Merdeka Kepentingan Dan Kebijaksanaan Menjaga Hubungan Bilateral Malaysia China Tarikh 31 Mei 20...
-
Assalamualaikum :) Alhamdulillah kami telah berjaya membuat sedikit montaj disebalik kegiatan khidmat masyarakat yang kami adakan. ...
-
assalamualaikum,, :D happy to be here again ^^) Hari ni kami mendapat satu lagi info baru mengenai kaum cina..wahh, tak sia-sia kami (...
-
Penghijrahan terawal orang-orang Cina bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia diketuai oleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin de...
-
Assalamualaikum,, Kami telah diamanahkan untuk melengkapkan kerja kursus mengenai masyarakat cina dalam politik dan pentadbiran. Sa...
-
Soal selidik ini adalah diantara saya(Najihah) dan seorang rakan sekolah, Ida (bukan nama sebenar) yang dilakukan di laman sosial ( Faceboo...
Powered by WordPress
©
pheonix551 - Designed by Matt, Blogger templates by Blog and Web.
Powered by Blogger.
Powered by Blogger.